Monday, January 17, 2011

ANAK PENGGUNTING RAMBUT

SINOPSIS :

Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul beban membesarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah kematian isterinya. Mereka tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan memberikannya wang saku sekolah mengikut keperluan serta menyediakan pelbagai keperluan untuknya. Rambut manis dipotong pendek seakan rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis selalu menjadi bahan ejekkan rakan-rakan sekolahnya hingga dia memasuki sekolah menengah. Kerjaya ayahnya juga sering ditertawakan orang sejak dia bersekolah di TADIKA lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana Manis selalu pening dan pitam. Bagaimanapun Manis tidak pernah ambil kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayahnya. Bagaimanapun ketika di melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sakit dan disahkan mengidap lukemia. Rambutnya gugur hingga gampir botak. Dia meninggal dipangkuan ayahnya.

TEMA :

Cerpen itu bertemakan kekeluargaan. Pengarang memperlihatkan kepentingan kasih sayang dalam menjaga keharmonia keluarga. Dalam cerpen itu, pengarang menonjolkan watak Manis (Manisah), anak perempuan tunggal yang sangat kasih dan sayang akan ayahnya (Pak Mat Gunting). Abahnya selalu menggunting dan menjaga kebajikan Manis tanpa menyedari anaknya itu mengidap lukemia.

PERSOALAN :


1. Prihatin dengan masalah anak
2. Kemampuan untuk berdikari bagi meneruskan kehidupan
3. Kesanggupan menerima takdir daripada Tuhan dengan tabah dan tenang
4. Kepentingan ilmu pengetahuan
5. Pengorbanan seorang ayah terhadap anak
6. Kasih sayang anak terhadap ayah
7. Ketabahan seorang anak dalam menempuh cabaran hidup
8. Keazaman seorang anak untuk membantu ayahnya


TUGASAN MINGGU INI :


Berdasarkan dua aspek kajian KOMSAS di atas, cari contoh-contoh yang sesuai untuk dikaitkan dengan aspek tersebut. Kemudian, bina satu peta minda sebagai nota ringkas anda. Tugasan hendaklah disiapkan dalam tempoh INI.

6 comments:

  1. najiha mat zahir saya sokong awak saya pun nak pengajaran jugak...sebagai rujukan

    ReplyDelete
  2. boleh bagi nilai,binaan plot dan teknik plot....

    ReplyDelete
  3. tima kasih , nota nih banyak saye :)

    ReplyDelete
  4. bagi siapa yg nak pengajaran nyer,ni dia..hrp mmbantu ^_^ :

    1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah
    Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.

    2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.
    Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.

    3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran.
    Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.

    4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga.
    Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.

    ReplyDelete